"Aku tak takut tuhan sebab aku tak mintak ilmu dan kecantikkan daripadaNya.".Akibat keangkuhannya muka nya yang cantik mulai merosot dan dia menjadi gila.Inilah akibat menuntut ilmu hitam yang memastikan dia kelihatan cantik dan muda.Syarat untuk ilmu itu dia perlu meniduri lelaki bujang atau teruna.
Cerita ini di cerita oleh seorang tua dan berlaku di Kuala Selangor dan kejadian ini berlaku pada awal 50 an dimana ketika itu ilmu hitam sangat popular di kalangan masyarakat Melayu.Perempuan yang asalnya penari joget turut mengamal ilmu hitam dan sanggup membelakangi suaminya seorang cikgu semata -mata untuk memperkuatkan ilmunya.Dia sanggup mengoda guru-guru pelatih yang muda untuk di tiduri sewaktu suaminya tiada di rumah.Dia juga telah memperbodoh -bodohkan suaminya sehingga sampai peringkat menyuruh suaminya membasuh pakaian dalamnya serta suka menengking tetapi suaminya bersikap seperti tikus jatuh ke beras. Dia seolah -olah menutup mata atas kelakuan isterinya
Akhirnya ilmu tadi memakan dirinya akibat takbur kerana dia mengatakan dia lebih berkuasa dari tuhan.Dia menjadi gila serta suka melucutkan pakaian.
Tiada apa yang ada di dunia ini akan kekal buat selama-lamanya.Akhirnya kita akan kembali kepada nya.Tiada yang sempurna melainkan ilmu Allah.




